SRI AMAN SARAWAK BORNEO

Penerbangan dari KLIA ke Kuching mengambil masa lebih kurang 2 jam. Saya memulakan perjalanan ke Sri Aman melalui jalan darat yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuching. Kami deligasi KPM bertolak pada jam 5.00 pagi dari Kuching dan tiba di bandar Sri Aman jam 8 pagi. Burung merpati berterbangan dan saya serta big boss bersama orang JPN Sarawak minum pagi di restoran mamak. Dalam perjalanan ke Sri Aman saya lihat banjaran gunung dan diberitahu oleh Encik Miang (Orang JPN Sarawak) bahawa dibalik banjaran gunung tersebut merupakan Kalimantan- Indonesia.


Kami juga sebelum ke Sekolah Rendah Agama Sri Aman, sempat saya dan big boss serta deligasi JPN Sarawak singgah di Pasar Tamu Sri Aman. Saya dan bos sempat beli duri landak yang beharga RM2 yang mempunyai lebih kurang 6 cucuk. Saya sempat juga beli kuku beruang dengan harga RM15 satu. Tak tahu kenapa...sekadar nak buat kenangan. Masa tu terpikir, mesti kena rampas apabila tiba di airport. Tapi tak pun. Saya bagi hadiah kat budak-budak kat opis sebagai souvenier...buat cucuk buah pun boleh, nak wat sebagai tunjuk untuk mengaji Al-Quran pun boleh.





Pasar Tamu di Sri Aman. Macam-macam ada. Pucuk midin is the best yang aku makan kat sebuah restoran di Miri. Di Sarawak, pucuk midin ada banyak dijual di sekitar pasar tamu. Oh ya, Encik Miang ada bagitau aku, selalunya ada jual ular sawa yang siap dilapah, tapi hari tu, tak ada pula ular sawa untuk dijual. Yang ada adalah labi-labi, ulat sagu dan ikan tapah. Tak sempat aku snap gambar ikan tapah sebab dah ada orang beli.






 
 
Kami tiba di Sekolah Rendah Agama Sri Aman dan usai taklimat kepada Pengetua dan Guru Besar serta AKP, kami dijamu makanan oleh Guru Besar SK(A) Sri Aman di kantin sekolah iaitu udang galah dari sungai Batang Lupar yang ada buaya dari keturunan kaum kerabat Bujang Senang / Bujang Duda tu. Tapi kami tak sempat nak tenok 'benak' yang selalunya ada pada jam 5 petang. Benak macam ombak kat pantai. Saya diberitahu oleh cikgu-cikgu di SR(A) Sri Aman, benak terjadi akibat pertembungan air pasang dari laut dan air di ulu sungai. Di Malaysia, Sri Aman adalah satu-satunya tempat adanya benak di sungai. Wow!
 



 
udang galah dan ikan tilapia dari Sg. Batang Lupar


kami juga dijamu dengan kueh mueh tradisional daripada masyarakat setempat. kueh tu setau aku namanya setorot tapi aku bukak makan macam makan ketupat, rupanya just tekan dari bawah aja.

 
Ini bubur sago yang maveles...aku rasa macam nak wat balik aja..ngeh3..sedap siot! tak pernah aku rasa bubur sago yang ori sesedap ini. jika anda lihat dalam picture kat bawah ni yang ada jernih2 tu adalah sago ori buatan orang tempatan, bukan yang bulat-bulat yang selalu kita beli kat kedai tu.
 
Bai..bai Sri Aman



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

IKAN LOMA GRIK 2017