TAK BAI THAILAND

Jika anda ingin ke Tak Bai Thailand melalui Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan, anda boleh merasai pengalaman naik bot penambang dan masuk ke Thailand secara haram. Jangan risau, setakat ni, Alhamdulillah saya tak ada apa-apa masalah kalau masuk ke sempadan Thailand secara haram.

Bagaimana cara untuk ke sana? senang sahaja, sampai di Pengkalan Kubor, Tumpat, anda carilah pengkalan haram yang terletak di tepi kubur. Orang tempatan akan beritahu kepada anda. Dari pengkalan, cuma bayar RM1 untuk parking kereta dan anda boleh dapatkan khidmat bot penambang dengan bayaran RM2 sekepala.

Saya suka ke sana sebab semua barang murah. Jika ke Tak Bai, anda pergilah pada hari Ahad sebab hari Ahad, adalah hari 'nad' atau kalau di Malaysia, merupakan pasar minggu. Anda boleh beli buah, pakaian, tudung, beg tangan, seluar jeans celup, barang mainan kanak-kanak, brooch, bedak dan barangan kosmetik, kelambu dan periuk belanga dan makan sup perut lembu panas-panas bersama air teh o beng.


Pengkalan Kubor

View dari jeti pengkalan kubor

tempat parking





View di pasar Tak Bai

Buah2-an

air buah kelapak

Babi Mild??


Singgah makan kat gerai

Sup perut

kreatif...perhiasan untuk dijual diperbuat daripada straw










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUALA LIPIS PAHANG

SRI AMAN SARAWAK BORNEO