IKAN LOMA GRIK 2017

9/9/2017 Sabtu petang..

Pengembaraan bermula apabila tetiba haku teringin sesangat nak merasa telur ikan loma yang hanya ada pada bulan September Oktober dan November..

Hasilnya aku cari dalam fb mengenai pembekal ikan pekasam loma dan telur ikan loma...

Dalam perjalanan di hiway utara selatan yang hujan lebat selebatnya kami redah demi ikan lommmmmaaaa


Menginap di hotel Sri Bintang Gerik RM80 semalam dengan 2 katil queen...sungguh selesa dan bersih


Pekena bfast dekat kedai belakang pasar awam gerik..pagi2 buta aku dah baham tapai pulut yang amat manis leting..sedappp

Kami menuju ke Kampung Ganda untuk misi mencari telur ikan loma dan ikan pekasam...berpandukan waze..do...do..do..do..do..do..do..do


 Aku macam...biar betik waze nih dibawanya kami nun di jauh di dalam hutan dan akhirnya...your destination on your right...yes..finally


Orang Gerik memang peramah dan baik hati...suka tau

Telur ikan loma RM10 sekilo



Ikan pekasam loma RM20 sekilo


Bunga Gerik si cantik yang anonymous


Kami ke Dataran Loma di Kuala Sungai Rui setelah sempat belasah durian yang dijual di tepi jalan dengan harga RM15 sekilo tapi tak snap gamba sebab sekadar makan durian takkan nak snap jugak kot..

Dataran Loma dikatakan beroperasi setiap hari Ahad ketika Pesta Loma bermula Sept till November..dan kedapatan ramai yang menyauk ikan loma dari tebing Sungai Rui..so apalagi sempat ler aku grab ikan loma sekilo RM5 dan ikan kelabau besar punya berat sekilo lebih dengan harga RM50 fresh from oven!!! 

Orang Gerik baik-baik...ramah tamah dan aku sungguh jatuh cinta pada kedamaian Gerik..(dua hari balik ke Putrajaya den teringat ingat oiiii)...



Dataran Loma suasana dah macam dalam citer warung pak jabit dah huhuhu...macam2 hadoo...warung makan2..gerai2 jualan..ikan loma fresh...aiskrim..pisang...kerepek...ulam2 hasil kampung...dj bertugas pun hado...heee



Ikan kelabau

Kanan; ikan loma fresh
Kiri; telur ikan loma
Atas; pucuk laweh

Hasil tangkapan ku buat masak #asampedasikan kelabau Kelantan Style dan 

Telur ikan loma goreng dadar

Semasa otw balik ke Putrajaya...sempat kami lunch di Restoran Tasik Raban. Harganya tak mahal...includes gst RM53 something dengan menu;

Ikan bakar kaloi RM24
Ikan patin tempoyak
Ikan tilapia goreng garing
Ikan pekasam terbo
Ulam ulam dan
Milo ais..sirap 
Nasi panas2



Kami juga sempat amik kesempatan snap picture di sekitar ROYAL BELUM RAINFOREST RESORT dengan bayaran masuk parking RM5 so leh santai2 kat cafe resort dan pi toilet..untuk membuang hajat kecil...huhuhu mahal doe masuk kencing kat Gerik RM5..hihi..gurau jer...

Resort ni memang cantekkkk lah...orang have have leh tra tdo kat resort ni yang mengadap tasik banding...spectacular view wa cakap luuuu...








Dan sempat lagi snap gamba otw balik Putrajaya...



'Mahattan Malaysia'


 Tata...jumpa lagi Kampung Ganda

Wuuuuu..kucing Gerik doee..garang nau




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO