Catatan

Tunjukkan catatan dari April 2, 2014

TAK BAI THAILAND

Imej
Jika anda ingin ke Tak Bai Thailand melalui Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan, anda boleh merasai pengalaman naik bot penambang dan masuk ke Thailand secara haram. Jangan risau, setakat ni, Alhamdulillah saya tak ada apa-apa masalah kalau masuk ke sempadan Thailand secara haram. Bagaimana cara untuk ke sana? senang sahaja, sampai di Pengkalan Kubor, Tumpat, anda carilah pengkalan haram yang terletak di tepi kubur. Orang tempatan akan beritahu kepada anda. Dari pengkalan, cuma bayar RM1 untuk parking kereta dan anda boleh dapatkan khidmat bot penambang dengan bayaran RM2 sekepala. Saya suka ke sana sebab semua barang murah. Jika ke Tak Bai, anda pergilah pada hari Ahad sebab hari Ahad, adalah hari 'nad' atau kalau di Malaysia, merupakan pasar minggu. Anda boleh beli buah, pakaian, tudung, beg tangan, seluar jeans celup, barang mainan kanak-kanak, brooch, bedak dan barangan kosmetik, kelambu dan periuk belanga dan makan sup perut lembu panas-panas bersama air teh o beng.

ZUL IKAN BAKAR KUALA BESUT TERENGGANU

Imej
Anda suka makan ikan bakar? Saya juga gemar makan ikan bakar dan yang paling best saya makan ikan bakar di kedai Zul Ikan Bakar yang terletak di Kuala Besut Terengganu. Jika ke Bangi, saya akan makan ikan bakar di restoran Ana Ikan Bakar Petai. Zul ikan bakar dibuka setiap hari mulai jam 8.00 malam hingga jam 2.00 pagi dan ditutup pada hari Isnin. Jika anda dari bandar Jerteh melalui Kampung Raja, kedai Zul Ikan Bakar terletak di sebelah kiri jalan sebelum jambatan Kuala Besut Terengganu. Saya datang tepat jam 8.00 malam dan anda boleh solat maghrib di surau yang bertentangan sedikit dari kedai ni. Sebab apa saya cadangkan anda datang sebelum jam 8.00 sebab selepas solat, anda boleh terus ke kedai yang dibuka tepat 8.00 malam kerana jika anda lewat 15 minit macam saya....saya tiba jam 8.15 malam...penuhhhhh...selepas pilih ikan dan order sotong celup tepung, anda akan dapat menikmati ikan bakar satu jam selepas itu! Belive me...ini pengalaman saya kali ke tiga ke sana dan saya hada