MIRI SARAWAK

Dari Sibu ke Miri kami naik flight Mas Wing. Sampai di Miri dijemput oleh Encik Arjunaidi. Orang PPD Miri. Sebelum ni saya dah book hotel Blueberry Inn Miri via booking online. Saya tak pernah sampai di Miri yang merupakan bandar yang kaya minyak. Silapnya, saya telah riki melalui google map untuk dapatkan tempat penginapan yang hampir dengan tempat taklimat. Saya silap buat perhitungan yang menyebabkan kedua-dua bos saya terpaksa harungi masa yang aaaaamat panjang untuk cari Hotel BlueBerry Inn yang jauh amat sangat dari bandar Miri. Nasib baik bos saya ni tak melenting toing2..kalu tidak teruk ler saya kena. Saya jadikan ini satu sempadan, lain kali kena riki dulu tempat. Disebabkan silap google antara SK (A) Miri dan SMK (A) Miri iaitu tempat taklimat dengan tempat penginapan, menyebabkan kami sesat jalan. Pusing punya pusing..jumpa jua. Terubat dengan BlueBerry Inn yang masih baru tapi terpaksa top-up RM10 untuk dapatkan blanket extra. BlueBerry Inn destinasi jauh dari pusat bandar Miri dan ramai orang Brunei yang datang ke Bandar Baru Permyjaya. BlueBerry Inn di tingkat atas rumah kedai dan kami terpaksa cari papan tanda hotel ini yang amat kecil saiznya manakala dikaburi dengan papan tanda perniagaan Avon yang juga bewarna biru..fuhh....penat dan rasa amat bersalah pada bos-bos saya. Adoiii malap.

Keesokkan harinya terus check out hotel, usai taklimat di SMK (A) Miri, Encik Arjunaidi bawa kami pusing-pusing sekitar bandar Miri serta melawat Muzium Petroleum di atas bukit. Orang Miri kaya-kaya sebab saya tengok rumah agam yang besar banyak di tepi jalan utama. Jalan raya yang cantik dan pantai yang indah dipandang.

Malamnya kami menginap di Hotel Kingwood di Miri. Hotel lama dan servis yang kurang menyenangkan. Nak buat macam mana..tak apa lah..lepas ni tak mao duk hotel ni lagi...hehhehheh

Oh ya..di Miri kami sempat jalan-jalan di pasar malam dan saya beli ikan sungai yang tak tahu nama apa. harganya RM5 sahaja tapi hampeh rasanya tawar habiaq. Saya juga beli ketam batu masak sambal pedas. Harganya juga RM5 tapi berbaloi sebab rasanya sedap. Kami singgah di satu restoran di Miri dan minta buatkan ikan merah masak asam pedas Sarawak serta sayur goreng pucuk midin. Ikan merah serta sayur midin kami perolehi terus daripada restoran tu yang pamerkan ikan dan sayur dalam restoran tersebut. Sayangnya saya lupa snap gambar restoran tu sebab lapar punya pasal.


 
Antara rumah agam yang saya snap di atas bukit..tapi jauh ler...tak nampak

 
Bandar Miri


Otw ke muzium petroleum Miri
 
View bandar Miri dari atas bukit Muzium Petroleum



Di Muzium Petroleum
 

Utusan Borneo
 

Pasar Malam Miri
 
 
Ikan Sungai yang saya beli di Pasar Malam Miri (RM5)

 
Hotel Kingwood

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017