Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2014

RESTORAN SABA' DI CYBERJAYA, MALAYSIA

Imej
Anda suka nasi arab? Saya juga penggemar nasi arab. Tak sah jika pekena nasi arab, saya akan amik mehdi lamb (anak kambing kot) sebab lemmmbut sangat isinya dan tak hamis. Selalunya saya akan ke restoran D'Arab Cafe yang terletak di Sekyen 7 Shah Alam dan di Bangi Selangor. Jika anda ingin merasa nasi arab yang pior orang arab buat adalah di Restoran Mama Noura juga di Cyberjaya. Kat situ ramai betul mat-mat dan minah arab yang lepak makan nasi arab plus air coke! Semalam (26 Mac 2014), saya dan sahabat-sahabat sekerja buat reunion meraikan Puan Shafinas yang telah bertukar ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah setelah berkhidmat di Kementerian Pendidikan hampir 8 tahun di Putrajaya. Terima kasih puan kerana belanja kami...errrkkk...kenyang. Tahun lepas (Ramadhan 2013) saya sempat pergi bawa anak-anak dan suami ke Saba' Restoran di Cyberjaya untuk berbuka puasa. Sekepala RM50.00 dan makan sampai lebam. Si amin pulak makan sampai muntah. Abang Mad

KUCHING SARAWAK

Imej
Saya tak pernah menjejak kaki ke Sarawak Bumi Kenyalang. Alhamdulillah, saya dapat ke sana pada September 2013 yang lalu yang banyak meninggalkan kenangan manis yang tak dapat saya lupakan. Pihak JPN Sarawak amat menjaga kebajikan kami sepanjang penugasan kami di sana selama seminggu Trans Borneo dari KLIA-Kuching-Sri Aman-Sibu-Miri-Limbang-Miri-KLIA. Banyak tempat menarik di Sarawak. Saya memang jatuh cinta dengan keindahan bumi Sarawak. Di Kuching, kami menginap di Hotel Harbour View. Pusing-pusing bandar Kuching dan menikmati makan malam di medan selera yang berdekatan dengan tempat menjual kek lapis Sarawak (tak sempat saya snap gambar kedai kek lapis Sarawak sebab ralit dok memilih kek). Di medan selera yang berdekatan dengan Sungai Sarawak, saya memilih untuk makan laksa Sarawak dan nasi ikan terubuk masin Sarawak dan teh dangdut. Enak dan menyelerakan. Jika anda ke Kuching, jangan lupa cuba menu ini ya. Di food court yang berdekatan dengan kedai menjual kek lapis Saraw