Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 24, 2014

LIMBANG SARAWAK

Imej
Dari Miri, saya dan bos ke Limbang via Mas Wings. Kuss semangat...masa tu rasa macam kapal terbang tu dupp macam jatuh lobang. Takut wei naik kapal terbang kecik nih. Sampai di airport Limbang, airport dan bandar yang kecik tapi releks..bandar Limbang berdekatan dengan sungai. Kebetulan ketika kedatangan kami ke sana, ada pesta Regatta..wahhh..bestnya...ada lumba perahu panjang, pameran mengenai sejarah Limbang dan gerai jualan dibuka sehingga larut malam. Kami menginap di Hotel Purnama di Limbang. Hotel yang saya rekemenkan agar anda semua menginap di sana jika anda sampai di Limbang. Hotel yang best dan di bawahnya adalah tempat shoping. Saya sempat beli dua helai tudung di Limbang serta brooch. Kami di bawa makan di sebuah restoran di Limbang yang saya lupa namanya. Saya makan laksa Sarawak dan malamnya kami dijamu dengan tomyam, ikan siakap dan macam-macam lauk pauk lagi. Terima kasih kepada pegawai PPD Limbang, En. Chew yang sudi bawa kami makan di restoran tersebut.  

MIRI SARAWAK

Imej
Dari Sibu ke Miri kami naik flight Mas Wing. Sampai di Miri dijemput oleh Encik Arjunaidi. Orang PPD Miri. Sebelum ni saya dah book hotel Blueberry Inn Miri via booking online. Saya tak pernah sampai di Miri yang merupakan bandar yang kaya minyak. Silapnya, saya telah riki melalui google map untuk dapatkan tempat penginapan yang hampir dengan tempat taklimat. Saya silap buat perhitungan yang menyebabkan kedua-dua bos saya terpaksa harungi masa yang aaaaamat panjang untuk cari Hotel BlueBerry Inn yang jauh amat sangat dari bandar Miri. Nasib baik bos saya ni tak melenting toing2..kalu tidak teruk ler saya kena. Saya jadikan ini satu sempadan, lain kali kena riki dulu tempat. Disebabkan silap google antara SK (A) Miri dan SMK (A) Miri iaitu tempat taklimat dengan tempat penginapan, menyebabkan kami sesat jalan. Pusing punya pusing..jumpa jua. Terubat dengan BlueBerry Inn yang masih baru tapi terpaksa top-up RM10 untuk dapatkan blanket extra. BlueBerry Inn destinasi jauh dari pusat bandar

SIBU SARAWAK

Imej
September 2013 Dari Sri Aman ke Sibu juga menggunakan jalan darat yang mengambil masa 3 jam juga. Dengan fortuner kami meredah jalan yang tak ada lobang-lobang macam aku balik kampung melalui Jerangau- Jabor.   Kami tiba di Sibu jam 8.00 malam setelah bertolak dari Sri Aman jam 5 petang. Kami menginap di Hotel Paramount Sibu.   Pagi kami b/fast di hotel. aku tak pernah tengok telur ni jadi macam agar-agar. Maklumler jakun.   Bandar Sibu. Trade mark Sibu adalah Angsa Puteh.   Jajan daripada sago di Restoran lupa la pulak nama restoran ni. Tapi di tingkat atas rumah kedai.   Ini adalah ikan terubuk sungai goreng. Ikan terubuk goreng ni dari Sungai Rejang tau..bukan terubuk laut. Dalamnya ada telur. Sedap giler. Memang fresh dan saya diberitahu ikan terubuk sungai ni tak boleh bawa keluar daripada negeri Sarawak sebab gezet macam ikan kelah tu.   Dari kiri, sotong ikan masin yang amat sedap. Udang pun sodap..sumer sedap Pasar Central Si

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

Imej
Penerbangan dari KLIA ke Kuching mengambil masa lebih kurang 2 jam. Saya memulakan perjalanan ke Sri Aman melalui jalan darat yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuching. Kami deligasi KPM bertolak pada jam 5.00 pagi dari Kuching dan tiba di bandar Sri Aman jam 8 pagi. Burung merpati berterbangan dan saya serta big boss bersama orang JPN Sarawak minum pagi di restoran mamak. Dalam perjalanan ke Sri Aman saya lihat banjaran gunung dan diberitahu oleh Encik Miang (Orang JPN Sarawak) bahawa dibalik banjaran gunung tersebut merupakan Kalimantan- Indonesia. Kami juga sebelum ke Sekolah Rendah Agama Sri Aman, sempat saya dan big boss serta deligasi JPN Sarawak singgah di Pasar Tamu Sri Aman. Saya dan bos sempat beli duri landak yang beharga RM2 yang mempunyai lebih kurang 6 cucuk. Saya sempat juga beli kuku beruang dengan harga RM15 satu. Tak tahu kenapa...sekadar nak buat kenangan. Masa tu terpikir, mesti kena rampas apabila tiba di airport. Tapi tak pun. Saya bagi hadiah kat b