Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 25, 2014

PULAU PERHENTIAN

Imej
Saya dan anak-anak mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu. Pualu Perhentian sejauh 25 kilometer daripada tanah besar semenanjung Kuala Besut Terengganu. Anda boleh mengambil bot di jeti Kuala Besut dengan menggunakan fast boat dengan harga RM70 sekepala (return tiket). Di Pulau Perhentian (Perhentian Island) terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Anda boleh menginap di mana-mana resort dan chalet. Saya pernah menginap di Chalet D'Lagoon (di Pulau Perhentian kecil) yang merupakan chalet milik persendirian dan mengambil bilik with fan and toilet outside. Antara aktiviti yang boleh dilakukakn di Perhentian Island seperti jungle trekking dari D'Lagoon Chalet ke seberang pulau iaitu Turtle Beach yang akan mengadap ke laut lepas Laut China Selatan di mana ada pendaratan penyu dan chalet tidak dibenarkan didirikan di situ. Tapi dalam perjalanan untuk jungle trekking, jangan terkejut kalau jumpa biawak yang amat besar

KUALA LIPIS PAHANG

Imej
Apa ada di Kuala Lipis? Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lipis yang merupakan suatu ketika dahulu merupakan ibu negeri bagi negeri Pahang sebelum dipindahkan pusat pentadbiran Ibu Negeri Pahang ke Kuantan. Dalam daerah Kuala Lipis, antara yang menarik adalah Taman Rimba Kenong, Taman Negara Merapoh untuk pintu masuk ke Gunung Tahan, dan bandar Kuala Lipis itu sendiri. Saya pernah ke kaki gunung Tahan melalui pintu masuk Taman Negara di Merapoh. nanti saya upload gambar di merapoh. untuk kali ini saya just up-load gambar di sekitar Kuala Lipis. Saya menginap di Hotel Bestari. Satu bilik RM90.00   Ini tempat makan yang saya rekemen jika anda ke Kuala Lipis. Restoran ni terletak depan stesen keretapi Kuala Lipis. Ada nasi berlauk ikan tongkol, nasi kerabu ayam bakar / daging bakar yang sedap di bandar lama Kuala Lipis.     mmmm..beh beh   Kita jalan-jalan di sekitar bandar lama Kuala Lipis. Saya singgah solat di masjid Jamek Ku