Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 3, 2013

BANDUNG INDONESIA

Imej
Kali ini saya nak kongsi citer tentang trip ke Bandung dengan rakan-rakan pejabat...tanpa pakej, sendirian berhad. Kami seramai 7 orang (4 dah kahwin dan 2 still single and available) plan awal-awal lagi bokin tiket Air-Asia lebih kurang RM321.00 pegi balik termasuk hotel dan transport. Makan tanggung sendiri. Sesampainya di sana, kami dijemput oleh Ari yang merupakan pekerja Pak Wawan. Pak Wawan ni kira kaki kat sanalah yang tolong bokinkan hotel dan transport untuk kami. Nombor telefon Pak Wawan juga kami dapat daripada kawan se opis kami yang telah pergi sebelum-sebelum ini. Kami menginap di Hotel Trio. Bagi saya, kalu diberi peluang ke sana lagi, tak mahu saya menginap di hotel tersebut sebab kalau nak sarapan, kena cross the road. Cafe hotel tu seberang jalan. Menu untuk sarap pun memang tak sesuai dengan anak tekak akak. Hari-hari nasi goreng yang tak sedap. (Berlagak la pulak....astaghfirullah...) Tempat yang kami lawati adalah mengikut agenda yang kami plan awal-awal ke