TERENGGANU
FEBRUARI 2014 Sekadar berkongsi mengenai tempat yang saya outstation ke Dungun Terengganu. Sebelum ini saya tidak didedahkan sangat mengenai Dungun. Kalau Terengganu, ramai yang ingin ke Pasar Payang untuk soping. Rupanya jika anda ke Dungun, pantainya cantik dan anda juga boleh ke Pulau Tenggol melalui jeti Dungun Terengganu. Saya dan Cawangan HRMIS KPM akan bertandang ke PPD Dungun dan Sekolah di sekitar Dungun untuk kerja-kerja pemantauan sistem HRMIS dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK). Kami menginap di Teluk Lipat Seaview Inn di Pantai Sura, Dungun Terengganu. Cuma kedatangan kami menginap di sini, tiada restoran disediakan dan kami terpaksa menapak ke bandar Dungun untuk cari makan. Kami tiada kenderaan untuk ke sana sini cuma akan dihantar dan dijemput ke formasi yang akan kami membuat pemantauan pada hari berikutnya sahaja. Teluk Lipat Seaview Inn berhadapan dengan jalan raya dan juga pantai Sura Dungun tapi rasanya tak ada orang yang bermandi