TERENGGANU
FEBRUARI 2014
Sekadar berkongsi mengenai tempat yang saya outstation ke Dungun Terengganu. Sebelum ini saya tidak didedahkan sangat mengenai Dungun. Kalau Terengganu, ramai yang ingin ke Pasar Payang untuk soping. Rupanya jika anda ke Dungun, pantainya cantik dan anda juga boleh ke Pulau Tenggol melalui jeti Dungun Terengganu.
Saya dan Cawangan HRMIS KPM akan bertandang ke PPD Dungun dan Sekolah di sekitar Dungun untuk kerja-kerja pemantauan sistem HRMIS dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK).
Kami menginap di Teluk Lipat Seaview Inn di Pantai Sura, Dungun Terengganu. Cuma kedatangan kami menginap di sini, tiada restoran disediakan dan kami terpaksa menapak ke bandar Dungun untuk cari makan. Kami tiada kenderaan untuk ke sana sini cuma akan dihantar dan dijemput ke formasi yang akan kami membuat pemantauan pada hari berikutnya sahaja.
Teluk Lipat Seaview Inn berhadapan dengan jalan raya dan juga pantai Sura Dungun tapi rasanya tak ada orang yang bermandi manda di pantai tersebut. Jika anda bertandang ke Dungun, menginaplah di Hotel UiTM Dungun kerana berhadapan hotel ada gerai-gerai makan dan pantai yang cantik serta taman dan permandangan yang indah.
Penat di Sekolah Durian Burung Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun, kami ke PPD Dungun dan juga ke Sekolah Menengah Paka serta Sekolah Menengah Ketengah Jaya Dungun Terengganu. Segala tugasan berjalan lancar dan walaupun penat tapi seronok juga dapat tengok tempat orang. Bagi saya negeri Terengganu memang cantik. Pantainya Indah dan makanannya sedap iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor 808 di Pantai Kelulut. Makan keropok goreng panas-panas serta air kelapa muda, memang berbaloi-baloi mengunjungi negeri Terengganu.
Di Kuala Terengganu, kami menginap di Hotel MidTown (MTH) yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun dengan kos RM150.00 semalam. Memang berbaloi dan termasuk minum pagi untuk dua orang. Namun saya sedikit kecewa sebab b/fast di hotel tersebut kurang variety.
Paginya jam 9.30 a.m , kami terbang pulang ke KLIA dan selamat tiba ke Putrajaya.

OTW ke SM Ketengah Jaya
Singgah minum pagi di satu gerai yang berdekatan dengan Muzium Dungun
Di SMK Durian Mas
Di PPD Dungun
Di Kuala Terengganu, kami menginap di Hotel MidTown (MTH) yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun dengan kos RM150.00 semalam. Memang berbaloi dan termasuk minum pagi untuk dua orang. Namun saya sedikit kecewa sebab b/fast di hotel tersebut kurang variety.
View dari bilik hotel MidTown Kuala Terengganu
Paginya jam 9.30 a.m , kami terbang pulang ke KLIA dan selamat tiba ke Putrajaya.
Ulasan
Catat Ulasan