UMRAH DAN ZIARAH MAKKAH MADINAH 1 JANUARI 2015 HINGGA 12 JANUARI 2015
Pertama
kali aku teringin ke Tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah sejak tahun
2010 lagi. yang pastinya...dalam usia hampir menjangkau 40 tahun..aku tidak
pernah menjejaki bumi Makkah Al mukarramah. aku juga tidak tahu apa motif untuk
aku ke sana. gusar pun ada sebab memikirkan di sana jika aku diizinkan
menjejaki kaki ke sana nanti...aku takut Allah Taala balas terhadap dosa-dosa
yang amat banyak aku lakukan sepanjanng hidupku yang hampir menjangkau 4 abad.
Samatelah dosa kecil..dosa besar juga terlalu banyak aku buat. biarlah apa
orang kata apabila membaca coretanku nanti namun tiada niatku untuk
riak...hanya Allah Taala sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hatiku
ini..jauh di sudut hati, aku ingin berkongsi apa yang ku rasa dan ku pandang
dan ku alami.
Aku
akui aku tidak pandai membaca ayat-ayat suci Al-Quran..aku juga jahil dengan
hukum hakam agama. Pada bulan Mac 2014, aku ke Matta Fair di Shah
Alam. di sana aku mendaftar dengan Al-Faizin Travel dengan bayaran RM600 untuk
2 orang. Aku dan Suamiku. Tarikh untuk mengerjakan umrah adalah ku pilih 1 hb
Januari 2015 hingga 12 Januari 2015. Aku pilih umrah bajet sebab memikirkan
bajetku dan suami ku di dalam poket juga. Harga matta fair adalah
RM5190 per pax dan sebilik dengan suamiku. jika bilik berempat..harga
pakej adalah lain pula. iaiutu kurang RM500 daripada harga pakej.
Tiga
bulan sebelum tiba masa aku berangkat mengerjakan umrah, aku cuba persiapkan
diri untuk mengikuti kelas mengaji al-Quran secara Al-Baghdadi. Tiga bulan
dengan bayaran yuran RM100 sebulan namun kelas yang dijadualkan seminggu sekali
kadangkala akan drag sehingga 2 minggu sekali menyebabkan aku tidak dapat
mengejar rakan sekuliah yang rata-rata adalah telah mengenal huruf. Namun
Alhamdulillah aku dapat membaca Al-Quran secara merangkak-rangkak namun tidak
aku sambung pembelajaran tajwid. Ustaz ada memberitahu kami, purata rakyat
Malaysia hanya 20% sahaja dapat membaca Al-Quran dengan bertajwid dan 80% lagi
adalah mereka yang membaca Al-Quran tanpa tajwid. Aku kononnya berangan sesampainya
di Mekah, aku nak khatam Quran dan nak habiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Namun itu hanya tinggal angan-angan kerana bacaanku masih merangkak-rangkak.
Inshaa Allah..aku berdoa suatu hari nanti aku akan lancar bacaan Al-Quran
sepertimana anak-anak ku. Sedihnya kerana diri sendiri tidak dapat mengajar
Al-Quran kepada anak-anak tetapi mereka sekarang lancar membaca Al-Quran. Aku
juga berbangga kerana anak sulungku kini berada di Maahad Tahfiz An-Najihah
(MATAN) dan aku berdoa kepada Allah Taala agar anak-anak ku dapat menjadi
seorang Al-Hafiz. Amin.
Persediaan
ke Mekah? Selain menahan telinga daripada sindiran rakan-rakan akan
keadaanku nanti setelah kembali ke Tanah air sama ada aku berubah akhlak untuk
mendapatkan umrah yang mabrur. Apa itu umrah mabrur? Apa pentingnya umrah?
semua itu masih samar-samar di benakku. Perasaan takut dan bimbang silih
berganti. Apa akan jadi pada aku di sana nanti? Bertaubat kepada Allah sebelum ke Tanah Suci, itulah yang paling penting bagiku.
Sebulan
sebelum tiba waktu umrah, aku melengkapkan diri untuk menambah pengetahuan
dengan menghadiri kursus umrah yang disediakan oleh Faizin Travel pada setiap hari Ahad dan membeli bahan bacaan Buku Rujuka Haji & Umrah Untuk Wanita
(Penulis; Dr. Ablah Muhammad Al-Kahlawi) dengan harga RM45.00 di MPH. Aku
juga melengkapkan dokumen-dokumen berikut;
1.
Renew passport
2.
Gambar berlatar belakang black & White bagi tujuan visa umrah (4 keping)
3.
Salinan surat nikah (perlu cop Jabatan Agama Islam yang aku dapatkan di Aras 7,
Blok E2, Putrajaya)
4.
Buku cucuk vaksin (RM150 bagi dua jenis vaksin di klinik As-salam Bangi)
Barang-barang
keperluan;
Kain
ihram (Telekung)
Stokin
Telekung
Jubah
hitam
Seluar
hitam
Ubat-ubatan
seperti ubat angin, selsema, demam, strepsils
kasut
dan beg untuk kasut
seluar
dalam/bra dan pad
t-shirt
yang ada poket doremon yang dibeli di kedai dekat Warta, bangi
losyen,
pelembab bibir, minyak zaitun, pelembab muka, pembersih muka, ubat gigi, berus
gigi (toiletteries)
Percaya
atau tidak sesampainya aku di sana, aku lebih selesa memakai jubah hitam dan
telekung hitam (sebelum pakai jubbah, aku akan pakai seluar cotton hitam dan
t-shirt yang ada poket doremon ) serta berstokin dua lapis bagi tujuan
untuk elakkan nampak aurat kaki ketika solat. Duit belanja aku bawa RM1000 di
taro dalam poket doremon. Beg galas amat penting bagi tujuan simpan kasut
ketika masuk masjid dan juga botol air untuk isi air zam-zam. Niatku nanti
apabila berada di Mekah, aku tak nak soping. Aku hanya bawa satu telekung putih
dan jubbah hitam yang ku pakai sehelai ku beli di Tanah air. Setibanya di
Madinah, aku beli jubbah hitam dengan harga yang murah. Ada RM10 yang dijual di
hadapan Masjid Nabawi secara lelong dan terpaksa kejar penjual untuk bayar
sebab penjual terpaksa lari-lari dengan pihak penguasa tempatan. Aku juga ke
Bin Dawood di madinah yang merupakan sebuah bazaar/soping kompleks untuk
membeli jubbah Dubai. Ada yang made in China dengan harga RM170 dan jika ori
jubbah Dubai berharga RM250 - RM300 sepasang. yang itu aku tak beli lah.
Yang harga RM50 - RM100 pun dah cantik dah. ok jer aku rembat 4 lai lagi. Dan
aku beli cincin emas dengan harga RM350. Kawan satu opis juga ada kirim beli
sejadah (yang macam bentuk beg) dengan harga RM35. Hari pertama di Madinah
dengan cuaca sejuk nyaman dan kebetulan pula dengan ke'uzuran'ku menyebabkan
aku tidak boleh masuk Masjid Nabi. Oleh yang demikian aku ambil kesempatan
jalan-jalan sekitar bazaar masjid Nabi sementara menunggu sahabatku Vee yang
menuju ke Raudhah dan aku sekadar lepak sahaja di tangga masjid Nabi.
Hari
Pertama di Madinah (1 Januari 2015)
Flight
Air Asia yang sepatutnya terbang pada 1 Januari 2015 jam 2.00 pagi telah
delay kepada jam 7.00 pagi!..ujian pertama...agaknya sebab naik flight tambang
murah kot..tu pasal flight delay sebab nak muat orang..ceh..macam ler keta
prebet sapu la pulak. Aku agakla tu pasal delay kot. Sebab AA mesti nak untung
kan. Di KLIA2 aku terpaksa tidur di atas mozek sementara nak tunggu check-in
jam 4.00 pagi. Tapi air-con sejuk ditambah pula dengan lantai mozek membuatkan
aku kesejukkan walaupun pakai baju sejuk kerana tahu waktu Jan-Mac adalah musim
sejuk di Tanah Arab khususnya Madinah. Naik flight jam 7.20 pagi pada 1 Januari
2015 dan dihidangkan dengan nasi putih + isi ikan tempura + epal hijau + air
mineral membuatkan aku tidak lalu makan dan dah tentu ler akan senang masuk
angin. Jam 3.00 petang waktu tempatan, kami tiba di Jeddah setelah 9 jam di
atas awan dan perjalanan yang amat-amat memenatkan dengan kerusi yang sempit
dan habih lenguih. Sesampai di Jeddah, urusan imigresen amat cepat dan kami
dipinta naik bas untuk ke Madinah. Teruja...gembira dan amat-amat teruja
menyebabkan aku tak sabar untuk melihat indahnya bumi Madinah dan waktu itu
rasa hilang kepenatan walaupun kepala dah mula berdenyut sebab masuk angin. Aku
terus telan ubat angin sebiji dan terlena di atas bas. Perjalanan dari Jeddah
ke Madinah mengambil masa 5 - 6 jam. Kami juga berhenti di R&R untuk makan
dan solat jamak. Kebetulan aku masih 'uzur' jadi aku sekadar temankan Vee di
tepi surau R&R sahaja.
Setibanya
di Madinah, rezki kami murah, Alhamdulillah, kami diberitahu oleh Ustaz
Fadhil (Mutawif TA kami) yang kami sepatutnya menginap di Hotel Mubarak Al-Madinah
tetapi sebab penuh maka kami dipindahkan ke Hotel Harmony. Syukur...rezki kami
menginap hotel 4 bintang dan berdekatan dengan masjid Nabi. Tak jauh menapak.
dan keseronokkan berada di Madinah tidak dapat kugambarkan dengan perkataan.
Aku sihat di Madinah, aku gembira di Madinah, makanan juga sedap di Madinah,
Jalan-jalan di Madinah juga seronok. Cuaca yang amat baik dan nyaman di
Madinah. Aku rasakan seperti honey moon dengan suamiku di Madinah.
Subhanallah...hari
pertama aku diuji di Masjid Nabi..
Disebabkan
ke'uzuran'ku, di pagi Jumaat (2 Januari 2015) yang hening itu, aku tidak dapat
memasuki Masjid Nabi dan aku sekadar tunggu Vee di tepi tangga masjid di
dataran. aku disapa oleh sekempulan wanita Arab yang sedang makan sarapan roti
dan buah oren. mereka juga mempelawa aku makan walaupun aku dah kenyang tetapi
aku dipaksa mengambil roti tersebut yang amat masam cheesenya! aku tak boleh
telan. namun ada seorang makcik si sebelahku sedang tidur di kaki lima masjid
asik senyum padaku. Wajahnya seperti orang Pakistan. Tapi terlalu tua dan
bongkok sabut. Kemudian si perempuan Arab yang kasi roti padaku tadi minta
aku jagakan barang-barangnya termasuk seliparnya dan aku terpaksa jaga
barang-barang mereka yang terdiri daripada 4 orang dalam kumpulannya. Lama betul
makcik Arab tu masuk ke dalam masjid. aku hanya duk usha tengok orang kiri
kanan dan aku tidak berzikir, tidak buat apa-apa hanya sekadar duduk tengok
orang.
Aku
terpikir.."Hmm...lamanya makcik-makcik ni pegi...vee pulak tak
kuar-kuar..kang tak pasal2 orang datang mengaku ni selipar dia dan aku dituduh
mencuri". Di sini tentu buat hukum hudud...huhuhu..takutnya..Tetiba datang
2 orang perempuan Melayu ..ya Melayu dan orang Malaysia itu datang padaku dan
berkata 'owh..terima kasih kerana jagakan selipar saya...ini selipar saya!'
hah...what the heck! aku ternganga dan berkata kepada akak dua orang tu yang
orang Arab tu minta aku jaga selipar dia...oh nooo...jantung aku dup dap dup
dap...aku pegang selipar tu dan kakak tu cakap..tak apa...ini selipar saya...ini
selipar kawan saya...tak apa..awak boleh pahala sebab jaga selipar saya...
Pulak
dah???!..aku dah gelabah...terpikir kang makcik Arab tu kuar kang mampus aku
tak pasal pasal dituduh mencuri. Dua orang kakak dari Malaysia itu berlalu
dengan mengambil selipar yang didakwa milik mereka berdua. Aku cuak..terpikir
apa perlu aku beritahu pada grup orang Arab tu nanti sebab selipar mereka dah
ada orang amik dan..aku confuse...sapa curi selipar sapa ni? Apa perlu aku
beritahu mereka sebab cakap pun macam ayam itik..hadoi mak..aku gabra dan terus
dail nombor suami aku sedangkan simkad pun aku tak beli lagi,...yang ada line
digi yang aku tak reti nak roaming. tut...tut..tut..tak dapat...dup dap dup
dap...berdebar..nak minta tolong sapa?? ketika aku terdesak..aku insan yang
serba jahil ini menadah kedua-dua belah tangan di atas tangga masjid dan berdoa
seperti budak-budak..'Ya Allah...tolonglah aku..tolonglah..biarlah Vee
cepat-cepat keluar daripada masjid..tak perlu lama-lama dengan ustazah..biarlah
orang Arab ni keluar cepat-cepat ambil barang dia ni Ya Allah...aku takut ya
Allah...Setelah berdoa..aku kalih ke kanan...makcik Pakistan yang tua
itu pandang aku dan berkata dalam bahasanya yang tidak kufahami..yang aku
faham agaknya dia kata...tak apa...pergilah...barang ni saya
jaga...hah...again...mana boleh..ini barang orang...aku kalih ke kiri...aku
lihat Vee datang pada aku..Ya Allah....secepat kilat Allah makbulkan doa
aku!!..ya! Vee telah kuar seorang sahaja dari dalam masjid. aku terus bercerita
pada Vee tentang apa yang terjadi dan vee terpinga pinga agaknya tak paham apa
yang nak aku sampaikan sebab aku dah gabra dah..habis bercerita...kemudian
sekempulan makcik Arab tu datang pada aku dengan berkata dalam bahasanya
yang tak aku fahami dan dengan menggunakan isyarat badan dan
tangan yang mereka kat dalam solat dan berterima kasih padaku sebab jaga
barang dia. Aku agakla kan..terus sahaja aku mengangguk dan tarik Vee keluar
dari situ. Tak sanggup lagi aku lama-lama di situ takut makcik Arab tu sedar
yang selipar mereka dah tak ada...hohoho...sapa punya selipar dan sapa amik
selipar sapa..itu hingga kini menjadi tanda tanya...ini memang pelik kerana
bagi aku apa yang terpikir di fikiran..maka itu yang akan terjadi di Tanah suci
Madinah Al-Munawwarah.
Alhamdulillah..hari
ke 2 aku di Madinah, aku dah suci dari 'keuzuran' dan dapatlah aku masuk ke
MasjiNabawi. Ya..baharulah aku sadar rupanya terlalu banyak fadhilat apabila
berada di Madinah.
Madinah
di mana bersemadi jasad Rasullullah S.A.W yang amat dikasihi oleh Allah Taala.
itu aku tak tahu dan sekarang baharu aku tahu. Rasullullah SAW tidak pernah
sakit semasa hayatnya. Rasullullah SAW hanya demam panas sebelum dijemput oleh
Allah Taala. Menurut Ustaz Fadhil...Rasullullah SAW amat sayang kepada
umatnya..Ketika Rasulullah sedang gering, hadir Malaikat Jibril AS. Namun Siti
Fatimah R.A tidak mengizinkan Jibril A.S masuk kerana tidak mahu menerima
tetamu yang tidak dikenali. Namun rasullullah SAW mohon agar Siti Fatimah
membenarkan pemuda itu masuk dan memberitahu kepada Fatimah RA bahawa itu
adalah Jibril AS yang datang untuk menjemput Rasullulah untuk mengadap Ilahi.
Menangis Fatimah RA setelah tahu bahawa Ayahdanya akan "pergi".
Kemudian,
ketika Jibril AS mengadap Rasulullah SAW..Jibril AS memaklumkan bahawa semua
pintu syurga dibuka...semua pintu neraka ditutup...beribu-ribu
bidadari syurga sedang bersiap sedia menunggu Rasulullah diangkat mengadap
Allah Taala..namun Rasulullah meminta agar Jibril pergi mengadap Allah Taala
dan meminta untuk sampaikan pertanyaan..."apakah yang akan tinggal pada umatku yang terkemudian setelah
kewafatanku nanti?"
Jibril
AS pun pergi dan kemudiannya kembali sekali lagi setelah menyampaikan
pertanyaan Rasulullah SAW kepada Allah Taala. sebelum Jibrail mencabut
nyawa Rasullullah SAW...Nabi SAW bertanya kepada Jibril sekali lagi,
"Wahai Jibril..apakah yang akan tinggal kepada umatku setelah aku
meninggal dunia nanti?" Kemudian, Jibril memaklumkan kepada Rasullullah
SAW bahawa jasad Rasulullah tidak akan diangkat ke langit...akan kekal di bumi Madinah.
Allah Taala memerintahkan, setiap kali umat Nabi SAW dating menziarahi maqamnya
dan member salam pada Nabi SAW, maka setiap kali itulah roh akan ditiupkan ke
dalam jasad Rasullullah SAW untuk Rasullullah SAW menjawab SETIAP salam daripada
umatnya yang datang menziarahi maqamnya. Subhanallah...
Maknanya,…setiap
kali kita sebagai umat Rasullullah SAW datang menziarah dan memberi salam
kepada Nabi SAW di maqamnya I raudhah, maka Nabi kita akan ditiupkan roh kembali
dengan izin Allah untuk menjawab salam kita! Maknanya Rasulullah SAW hidup di
bawah sana untuk menjawab salam kita…dan Allah Taala berjanji..bahawa umat
Muhammad SAW yang datang menziarah di maqam Rasullullah dan memberi salam
kepada Rasululllah maka akan diberikan SYAFAAT Nabi SAW di akhirat kelak!
Subhanallah....betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada setiap umatnya walaupun
Rasulullah SAW telah wafat namun Allah Taala berjanji itulah yang akan kita
dapat sebagai umat Nabi SAW kerana kita tak pernah jumpa Nabi SAW namun Nabi
SAW bersabda, hadirnya kita sebagai umatnya ke maqamnya setelah
kewafatannya seolah-olah kita sebagai umatnya ini menziarahi Rasulullah seperti
dia hidup!
Ya
dan ini memang betul sebab itu janji Allah Taala kepada Rasulullah, dan betapa
sayangnya Rasulullah SAW kepada kita. Menangis aku apabila mengetahui hal ini
daripada mutawwif TA. Rasullullah SAW amat sayangkan kita dan kita patut
merebut peluang ini untuk dapatkan SYAFAAT Nabi SAW...berziarahlah ke maqamnya.
Berselawatlah ke atasnya kerana SYAFAAT Nabi SAW yang kita inginkan.
Subhanallah.
Perjalanan
umrahku banyak menjawab persoalan yang bermain di fikiranku sebelum ini.
Terjawab sudah. Betapa orang yang jahil sepertiku ini diberi
peluang oleh Allah Taala untuk hadir sebagai tetamu-Nya. Hadir untuk
bertaubat memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah lalu. Hadir untuk
beribadah kepada-Nya...Hadir untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat..namun
sehingga kini jauh di sudut hatiku terasa aku masih lagi insan berdosa sebab
apabila memikirkan apa yang telah kulakukan dahulu teramat takut ku rasakan
kerana neraka adalah tempat bagi orang yang berdosa. Ya Allah ..ampunilah
dosaku Ya Allah...Sesungguhnya azab Allah amatlah pedih...Allah Huakhbar!
LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK!
Apa
yang paling ku ketahui jua daripada mutawif bahawa di Madinah, najis tidak
disalurkan ke dalam bumi Madinah tetapi pihak Kerajaan Arab Saudi telah
membuang najis manusia ke padang pasir yang jauh dari bumi Madinah iaitu kalau
tak silap aku..nama tempat itu adalah Juffah. Bumi Madinah adalah aman dan
sejahtera. Malahan Rasulullah SAW telah berdoa bahawa orang-orang yang tinggal
di Madinah akan aman sejahtera...akan sihat walafiat..habuk-habuk yang disedut
ke dalam rongga hidung kita adalah ubat kepada kita. bukan penyakit. Itulah doa
Rasulullah SAW. Subhanallah.
Semua
orang akan rindu untuk bertamu lagi kedua-dua Tanah suci itu...dan itulah doa
aku di depan Kaabah agar aku dijemput lagi oleh Allah Taala. Aku ingin
mengerjakan umrah dan haji..aku ingin mengejar umrah dan haji yang mabrur. Aku
rasakan umrahku kali ini tidak sempurna dan aku ingin kembali lagi ke
sana...dengan izin-Mu...Ya Allah.
Ulasan
Catat Ulasan