PULAU PERHENTIAN

Saya dan anak-anak mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu. Pualu Perhentian sejauh 25 kilometer daripada tanah besar semenanjung Kuala Besut Terengganu. Anda boleh mengambil bot di jeti Kuala Besut dengan menggunakan fast boat dengan harga RM70 sekepala (return tiket).

Di Pulau Perhentian (Perhentian Island) terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Anda boleh menginap di mana-mana resort dan chalet. Saya pernah menginap di Chalet D'Lagoon (di Pulau Perhentian kecil) yang merupakan chalet milik persendirian dan mengambil bilik with fan and toilet outside. Antara aktiviti yang boleh dilakukakn di Perhentian Island seperti jungle trekking dari D'Lagoon Chalet ke seberang pulau iaitu Turtle Beach yang akan mengadap ke laut lepas Laut China Selatan di mana ada pendaratan penyu dan chalet tidak dibenarkan didirikan di situ. Tapi dalam perjalanan untuk jungle trekking, jangan terkejut kalau jumpa biawak yang amat besar sebesar biawak komando.

 
D'Lagoon

 
View dari atas (D'Lagoon)

 
Turtle Beach

Anda juga boleh snorkeling dan boleh sewa peralatan snorkeling daripada pengusaha chalet tempat anda menginap. Setiap chalet ada restoran dan juga anda boleh mengisi aktiviti waktu malam dengan berkaraoke dan bersantai di tepian pantai. Jika anda suka camping, pihak chalet ada menyediakan tempat untuk camping dengan bayaran yang berpatutan.

Anda suka pesta dan hiburan? anda boleh menginap di chalet sepanjang Pasir Panjang yang dipanggil Long Beach. Di sini rata-rata mat saleh dan minah saleh suka lepaks di sini sebab banyak terdapat bajet chalet, bar dan mereka juga suka berjemur di Long Beach.

Di kampung  nelayan banyak kedai runcit dan gerai makan masakan melayu tempatan. Di kampung nelayan rata-rata penduduk adalah terdiri dari penduduk Melayu tempatan dan di sini terdapat sekolah rendah, balai polis, masjid, kedai, dewan orang ramai dan rumah-rumah penduduk yang antaranya dah jadi banglo!

Kali ini saya snap gambar untuk tatapan anda sepanjang kami di Long Beach di waktu siang. Anak saya suka bermain air yang amat jernih di sepanjang pantai. Tapi sayangnya saya lihat ada sampah sarap dibuang seperti bateri lampu eveready, stoking dan plastik. Saya memang benci perbuatan membuang sampah ini yang mana memberi kesan kepada hidupan laut terutamanya penyu yang akan mati kerana makan benda asing di laut.

Di harap anda enjoy di Perhentian Island..jangan terkejut jika lihat orang puteh berjemur kerana mereka juga terkejut dengan kita yang berjemur dengan pakaian lengkap dan mereka separuh bogel. Saya juga sedih melihat anak bangsa Melayu di Perhentian Island yang rata-rata tersasar dari landasan budaya dan adat resam dan agama Islam. Minuman arak dan beer boleh minum secara terang-terangan di khalayak ramai...aduhaiii...

 
Permandangan di atas jambatan Tok Bali Pasir Puteh..otw ke Kuala Besut


 
Me, my mom and my kids on the fast boat departures to Perhentian Island


 
Dah sampai





Permandangan dari perkampungan nelayan di Pulau Perhentian Kecil. Gambar di hadapan adalah Pulau Perhentian Besar.

 
Anak sulung saya (T-shirt putih) naik speed boat (taxi) ke Long Beach dari perkampungan nelayan bersama anak-anak pulau


 
Tu diaaa..Long Beach


















 
Pemandangan sekitar chalet penginapan di Long Beach


Di jeti kampung nelayan
 

 
Pemandangan pagi di kampung nelayan jam 7.30 pagi


 
dari jeti di kampung nelayan

 Kampung nelayan

taxi boat

clear water

anak pulau say gud bai to amin...suka dia dengan amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017