KUALA LIPIS PAHANG

Apa ada di Kuala Lipis? Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lipis yang merupakan suatu ketika dahulu merupakan ibu negeri bagi negeri Pahang sebelum dipindahkan pusat pentadbiran Ibu Negeri Pahang ke Kuantan.

Dalam daerah Kuala Lipis, antara yang menarik adalah Taman Rimba Kenong, Taman Negara Merapoh untuk pintu masuk ke Gunung Tahan, dan bandar Kuala Lipis itu sendiri.

Saya pernah ke kaki gunung Tahan melalui pintu masuk Taman Negara di Merapoh. nanti saya upload gambar di merapoh. untuk kali ini saya just up-load gambar di sekitar Kuala Lipis.

Saya menginap di Hotel Bestari. Satu bilik RM90.00






 
Ini tempat makan yang saya rekemen jika anda ke Kuala Lipis. Restoran ni terletak depan stesen keretapi Kuala Lipis. Ada nasi berlauk ikan tongkol, nasi kerabu ayam bakar / daging bakar yang sedap di bandar lama Kuala Lipis.
 


 
mmmm..beh beh
 
Kita jalan-jalan di sekitar bandar lama Kuala Lipis. Saya singgah solat di masjid Jamek Kuala Lipis, Stesen Keretapi Kuala Lipis sebelum kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Check it out!
 
 
sekitar bandar lama Kuala Lipis


 
Sungai Pahang

 
Mu bongsu di depan stesen keretapi


 
 
 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017