HO CHI MINH (HCM) / SAIGON

10 April till 12 April


Dari akhir tahun 2012 lagi kami satu opis plan nak ke Saigon. Ho Chi Minh adalah nama komersial. aku lebih prefer kepada nama Saigon..senang nak sebut. Kami booking tiket Air Asia 6 bulan awal...Tiket pegi balik plus dong deng dong deng RM293.00 sekepala. Kami menginap di Hotel Saigon Pink 2. satu malam lebih kurang RM80.



 


Dari Airport kami naik bas ke hotel Saigon Pink 2. Tambang lebih kurang RM0.50 (6000 dong)


Airport Saigon

Naik bas depan airport




macam bangunan TM kan?




Sekitar bandar Saigon (HCM)
 
Hari pertama tiba di Saigon, kami dinner kat kedai Hajah Basiroh. Aku oder makan mee tiaw sup Vietnam dan kopi ais Vietnam..wow..bergetar kaki kepala lutut aku sebab seeeedapppp sangat tak terkata...tak macam mee tiaw kat secret recipe kat m'sia RM16.90. Kat Saigon, harga mee tiaw (RM13.00 lebih kurang ) dan kopi ais (RM3.50). Aku pun dah lupa harga berapa sebab dalam masa yang sama aku oder ayam goreng kunyit..tak tahu kenapa ayam goreng kunyit kat Saigon sedap giler berbanding ayam goreng kunyit yang aku goreng kat tanah airku tercinta Malaysia. Agaknya kunyit dia sedap kot walaupun aku pakai kunyit hidup tapi tak sesedap ayam goreng kat kedai Hajah Basiroh.

 
Mee Tiaw Sup Perghhhh!!

 
Kopi Vietnam..memang terangkat lutut

Malam...kami kat bilik hotel dah kenyang dan kami tilik2 barang yang kami beli tadi di Ben Thant market sambil menunjuk nunjuk kat member lain yang tak turun tapi dok membuta dalam bilik pada petang 12 april 2013. Aku dgn uteh aja yang mengong turun rondek (jarak dari Hotel Saigon Pink 2 ke Ben Thant Market tak jauh pun menapak).

Malam...kami ke night market (tiap-tiap malam ada night market)..aku jadi rambang mata lagi....aku beli beg utk taro laptop nak hadiahkan kat laki aku..harga RM70 setelah tawar2. Aku tak pasti cap apa sebab aku suka tengok design yang lawa. Jenama Cruples...crumples..gitulah nama beg tu lebih kurang. Aku tahu beg tu bukan ori tapi tiruan tapi cantek siot..berapa banyak tapi daa...
 

Suasana di Night Market

Si uteh pun dah rambang mata aku tgk duk beli baju kurung ready made...hua hua hua banyak pasang giler.

11 april 2013

Pagi bangun tido, kat lobi hotel aku lepaks dengan uteh dan aku terjumpak dengan mamat satu negeri dgn aku...dia tegur aku sebab dgr aku cakap loghat kelantan...aku tanya dia mana tempat nak b/fast..mamat tu rekemen agar try makan kat warung 1Malaysia..dekat aja dengan Saigon Pink 2...milik sorang mualaf Cina dari M'sia..orang Nogori Sombilan. Apalagi, aku n uteh trus pi kat restoren tu..ambik meehoon goreng bodo n air kopi o Vietnam..aku dgn uteh same menu..harga RM42...aiyoooo...kiranya aku b/fast RM21...uuuihhhh..mcm b/fast kat hotel mahalnya tapi kat hotel lagi kenyang kot sebab leh makan macam2..aku cadangkan kat uteh...next time tak yah masuk makan kat kedai tu...bagi aku sepanjang 3 hari 2 malam aku di Saigon...kedai hajah basiroh harga makan kira murahlah sikit berbanding dengan kedai lain.

CITY TOUR KE MUZIUM PERANG




antara mangsa perang yang kena culik biji mata...ngeri
 
Depan tinggalan aset perang U.S


Gambar replika mangsa perang dalam penjara

Bunga melur di muzium perang


Kami kat depan muzium perang
 
CITY TOUR TEMPAT JUAL TEH DAN SAPPHIRE
 
( KAMI TAK BOLEH SNAP GAMBAR KAT DALAM KEDAI...AMOI TU TAK KASI..LAGIPUN KAMI TAK BELI APAPONNN..MAHAL PO BEDIL)



 

Kami 8 orang cadang amik city tour yang kami dapat trus dari receptionist hotel kami menginap..tapi kena caj usd2 sebab upah lah kiranya..kami amik city tour untuk half day USD8 sekepala dan kami di bawa ke muzium perang, tempat jual teh dan kopi (tak payah beli sebab harga mahal, baik beli kat ben ten market), dan juga ke temple (kami tak turun kat temple) bagi can kat mat dan minah saleh pi sana...taaapiii kat china town, kami 8 orang diberi masa 1 jam..tak cukup oiii...aku soping kain pasang RM30 x 4 pasang = RM120. Kawan2 aku yang lain dok beli english cotton..lain kali kalu datang lagi ke Saigon..mesti datang ke china town! Musti! Tapi aku terbeliak bijik mata jugak apabila di China Town ni sebab masa aku pi toilet nak tunaikan hadas kecil, aku tergezut sebab rata-rata duk cangkung kecing depan pintu tandas. Aku naik pelik jugak apsal minah2 ni tak masuk kencing dalam toilet. Keluar aja dari toilet, aku bitau kawan2 aku kat luar, pi masuk..ada tiger show..keh3...kawan2 aku yang lain terkejut beruk bila masuk...heh heh heh..yang pasti..punggung dia orang puteh melepaks..tak yah pakai produk Aura White! Okes..kat bawah adalah foto yang aku snap sekitar China Town.....






Ini tourist guide kami yang bengang tunggu rombongan Cik Kiah tak nampak batang idung..bagi sejam masa tapi soping lebih masa..keh3



Sampai kat travel agent city tour, kami tanya agent tu sama ada boley bawa kami ke chu chi tunnel trus..rupanya utk tour chu tunnel, kami kna amik trip jam 2.00 petang lepas lunch hour..haiyoo...apabila kami minta pick up kami kat depan lobby hotel, kami diberitahu kna caj lagi usd1..or kalu tk mao byr caj, kami kna amik teksi dari hotel ke opis travel agensi tu..pulak dah...kira gi kira mari..sama aja..klu naik teksi kna jgk bayar 1usd..las2 kami dijemput dari depan lobby hotel dgn bayaran untuk ke chu chi tunnel USD7 sekepala.

Jemput tengok gambar sekitar Chu Chi Tunnel

 

  
Otw ke Chu Chi Tunnel..lalu jalan kampung


kawasan kampung sebelum tiba ke Chu Chi Tunnel

Chu Chi Tunnel








 
HuuuuuHuuuuuu...hutan seram mak tengok


Kat tempat menembak. boleh beli peluru 10 bijik lebih kurang RM50 kot..tapi sumer kawan aku tak berminat nak syer dengan aku...so kempunan la aku tak leh try menembak


Last trip di Chu Chi Tunnel, kami dijamu dengan teh dan ubi kayu rebus


Sampai ke chu chi tunnel amik masa 2 jam perjalanan by bus. Kuar bandar masuk bandar kuar kampung masuk kampung kuar ladang getah masuk ladang getah..sampai kami di chu chi tunnel dan habiskan masa sampai jam 5 petang..berpeluh ketiak oiii dah macam jungle trekking dah..jam 5 lebih hujan renyai renyai, aku uteh dan intan trus chow dulu tunggu dekat bas. Sampai Saigon jam 7 malam. Tapi yang tak leh lupa, aku kena usik dgn hantu chu chi tunnel..walaupun masa tu jam 5 petang, suasana dalam hutan tu dah gelap mcm nak masuk ngarib dah. Sebelum aku naik bas, aku pi toilet dulu, dalam toilet, masa aku melepaskan hajat kecil, aku dengar macam ada orang kat sebelah toilet aku masuk, pastu terbau bedak cina (bedak lama yang empat segi tu) bau kuat giler...masa tu aku rasa macam seriau semacam dan aku pandang atas, lagi kuat bau cepat cepat aku lepaskan hajat dan kuar dari pintu toilet, aku dengar orang flush toilet tapi aku masa tu takut giler sebab bau bedak tu kuat betul dan 4 toilet yang aku tgk sorang pun tak dak orang! Toilet yang aku pakai adalah toilet yang paaling hujung. Terus aku cabut...seb baik jin chu chi tunnel tak tunjukkan muka berbedak, klu tak,..harus aku terkencing kali kedua walaupun pundi kencing aku dah habih kantung air kencing...hua hua hua..dalam bas, aku citerkan kat uteh..masa tu hujan dah turun makin lebat sampai ke bandar Saigon. Sepanjang jalan aku baca ayat kursi..alhamdulillah..lama-lama hilang rasa takut aku..seram oiii..kat chu tunnel adalah salah satu tempat yang paling teruk kena bom masa perang Vietnam pada tahun 70-an dulu.

Malam..selepas aku bersihkan diri, aku ingat nak tido, tapi si uteh ajak lagi turun kat night market..dia borong lagi kain baju. Aku borong tudung 3 layer..murah giler..sebijik macam tudung fareeda..aku beli just RM20 selai..sedar tak sedar empat lima kali aku naik turun naik turun dari bilik hotel ke night market sebab apabila aku beli selai tudung tu, apabila naik bilik hotel, tayang depan cermin...hmmm cantek..tak jadi bagi kat mak aku (mulanya niat nak beli kat mak), turun lagi beli lagi, naik turun lagi..begitulah seterusnya...sedar2 6 lai aku beli tudung 3 layer dan baju blouse RM20.

12 april 2013

Hari last di Saigon, paginya selepas b/fast kat kedai hajah basiroh, kami menapak ke ben 10 market. Aku dah tak muat beg dah nak sumbat barang dagangan so aku pikir nak beli beg tambah..aku bawak duit ngam2 RM45. Di ben 10 market, aku cakap kat amoi Saigon tu yang aku ada itu aja duit untuk aku dapatkan beg yang diletakkan harga RM100. Senang hati aku sebab amoi tu terima semua duit aku dalam purse, dengan bangganya aku balik bilik hotel dan tayang kat kawan2 aku yang lain beg yang aku dapat murah..dari harga RM100 aku dapat RM45 sahaja. Uih..kawan2 aku pun apa lagi...sebok jugaklah nak kan beg tu, kami sekali lagi ke ben 10 market. Tapi kat kedai lain..adush..terkena lagi aku..kawan aku dapat beg yang sama dengan harga RM35...uwaaaaaa...tipah tertipu lagi...moral of the story...len kali klu kat ben 10 market..kena tawarkan harga 70% daripada harga yang ditawarkan..means..klu depa letak harga RM100..kita kena kaw2 tawar harga RM30.00..

Ben Thant Market
aku memang rambang mata tengok batu permata dan jade...cantek oiii.. 
 
Yang ni amoi yang tipu aku jual sikat made by tanduk kobau..noks tertipu..rege RM25 tapi bila aku pi chu chi tunnel..harganya cuma RM5 hengget aja! len kali nak gi tempat orang, jangan lupa bawa sikat rambut...

dengan tokey jual kopi Vietnam


Dekat kedai amoi yang kami sempat beli emas 18 karat dan batu permata
 

Last day...flight kami malam jam 10. Kami minta xtend bilik untuk check out jam 5 petang. Jam 6 petang dari hotel, bell boy panggilkan teksi dengan bayaran RM10 sekepala sebab beg banyak giler..sorang datang 1 beg, balik 2,3,4 beg..




Sampai di airport, aku dan uteh senang hati la sebab aku dah check in via web air asia. Kawan aku yang lain duk ternganga beratur untuk check in. Apabila nak masuk boarding, aku dan uteh kena tahan oleh imigresen dan dihalau ke kaunter check in balik..gilo oiii...kna check in dan dapatkan boarding pass di kaunter check in. Gilo apo. Itular..lain padang lain belalang..klu kat negara kita..dah check in via web..oke jer...tak perlu lagi nak beratur bagai utk dapatkan boarding pass. Aku dan uteh maraton ke kaunter check in..seb baik tak dak orang..berlari lagi ke kaunter imigresen..muka pegawai imigresen Vietnam senyum pun idak..memang muka ketat giler..sampai kat kastam, aku diminta bukak jaket jeans aku..atoiyaiiii...seb baik bulu ketiak dah trim..kalu tak..seksi aku dengan singlet dan ketiak seksi..pakai tudung tapi bersinglet. Hmmm..nak wat cane..dah di negeri orang..negeri kapir pulak tu.

Dalam boarding...masa menunggu kami dekat setengah jam..selepas tu kami dengar announcement, flight kami delay jam 11 malam...hua hua hua..pastu diminta ke pintu 16 pulak...maraton lagi.

 
Dalam boarding Saigon Aiport..sempat posing sebelum balik Key Ell...lotih maraton


Pramugara Air Asia masa ni semua lelaki


Akhirnya..tiba di LCCT dengan jayanya...jam 1 pagi sabtu 13 april 2013.

Sekianlah dulu untuk catatan kali pertama aku di Saigon. Dah tak jadi destinasi bajet dah...dah jadi destinasi yang lari bajet...sampai terpaksa pinjam duit puan shafinas RM10 untuk bayar teksi ke airport Saigon pada malam tu sebab duit aku dah kering beli beg RM45...

Ok..sekian.

Ulasan

  1. zulkifli.rahman@ymail.com3 Mei 2014 pada 8:03 PG

    i had a blast baca your bloq... cool bangat!
    btw thanks for covering all the places that im intending to go with wifey this june.
    takut bila baca bout the tunnel and the experience you had whilst in the toilet. Think i will give it a miss cos takut apa apa jadi cos im bringing my 1 year old son as well.
    hmmm leh expand sikit tak crita awak with regards to the opportunity to go menembak? mcm best!
    anyways salam hormat :)

    Zul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017