BANDUNG INDONESIA

Kali ini saya nak kongsi citer tentang trip ke Bandung dengan rakan-rakan pejabat...tanpa pakej, sendirian berhad.

Kami seramai 7 orang (4 dah kahwin dan 2 still single and available) plan awal-awal lagi bokin tiket Air-Asia lebih kurang RM321.00 pegi balik termasuk hotel dan transport. Makan tanggung sendiri.

Sesampainya di sana, kami dijemput oleh Ari yang merupakan pekerja Pak Wawan. Pak Wawan ni kira kaki kat sanalah yang tolong bokinkan hotel dan transport untuk kami. Nombor telefon Pak Wawan juga kami dapat daripada kawan se opis kami yang telah pergi sebelum-sebelum ini.

Kami menginap di Hotel Trio. Bagi saya, kalu diberi peluang ke sana lagi, tak mahu saya menginap di hotel tersebut sebab kalau nak sarapan, kena cross the road. Cafe hotel tu seberang jalan. Menu untuk sarap pun memang tak sesuai dengan anak tekak akak. Hari-hari nasi goreng yang tak sedap. (Berlagak la pulak....astaghfirullah...)

Tempat yang kami lawati adalah mengikut agenda yang kami plan awal-awal ketika di opis. Sampai di sana, kami just minta aja Ari bawa kami. Ari ni baik dan sopan orangnya. Kesian dia terpaksa layan karenah kami yang gila-gila dan ibarat macam Mak-Mak Budak Bujang Kembali..Lol.

Sepanjang di sana selama 3 hari 4 malam, kami telah lawat ke tempat berikut:

1) Pasar baru - pi soping

2) Trans Universal Studio - try macam-macam games sampai muntah (Rp. 50,000 bayaran masuk sekepala)

3) Tangkuban Perahu - sebab kita makhluk asing, so kena bayar Rp. 50,000 satu van

4) Tempat jual jeans

5) Cempeles Walk - lebih kurang kot ejaannya...yang teruknya sebab tak tahu masuk waktu maghrib..kami ingat nak jamak waktu Zohor dan Asar, tengok jam kol 6 petang terus menonong ke mesjid kat area Cempeless Walk tapi tetiba on the way ke mesjid, kami dengar azan...lhorr...rupanya dah maghrib...adoihaiiiii

6) Restoren Kampung Daun


HERE WE GOOOOOWW...


Restoran Simpang Raya:



 
OTW ke Trans Studio Bandung:





 
 
 SEKITAR TANGKUBAN PERAHU:
 











 
CEMPELES WALK:
 






 
RESTORAN KAMPUNG DAUN:
 
Restoran ni memang unik sebab tempat yang amat mendamaikan jiwa raga. ada sungai original tau...memang kaya lar owner restoran nih!! Sebab lapar...makanan adalah best dan saya try sup bontot (iaitu sup ekor). Sayangnya ikan garong goreng (ikan kaloi) tak ada. Kempunan tak dapat try.
 










 
PASAR BARU:




 
 
 
 
 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017