Catatan

IKAN LOMA GRIK 2017

Imej
9/9/2017 Sabtu petang.. Pengembaraan bermula apabila tetiba haku teringin sesangat nak merasa telur ikan loma yang hanya ada pada bulan September Oktober dan November.. Hasilnya aku cari dalam fb mengenai pembekal ikan pekasam loma dan telur ikan loma... Dalam perjalanan di hiway utara selatan yang hujan lebat selebatnya kami redah demi ikan lommmmmaaaa Menginap di hotel Sri Bintang Gerik RM80 semalam dengan 2 katil queen...sungguh selesa dan bersih Pekena bfast dekat kedai belakang pasar awam gerik..pagi2 buta aku dah baham tapai pulut yang amat manis leting..sedappp Kami menuju ke Kampung Ganda untuk misi mencari telur ikan loma dan ikan pekasam...berpandukan waze..do...do..do..do..do..do..do..do  Aku macam...biar betik waze nih dibawanya kami nun di jauh di dalam hutan dan akhirnya...your destination on your right...yes..finally Orang Gerik memang peramah dan baik hati...suka tau Telur ikan loma RM10 sekilo Ikan pekasam loma RM20 s

UMRAH DAN ZIARAH MAKKAH MADINAH 1 JANUARI 2015 HINGGA 12 JANUARI 2015

Pertama kali aku teringin ke Tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah sejak tahun 2010 lagi. yang pastinya...dalam usia hampir menjangkau 40 tahun..aku tidak pernah menjejaki bumi Makkah Al mukarramah. aku juga tidak tahu apa motif untuk aku ke sana. gusar pun ada sebab memikirkan di sana jika aku diizinkan menjejaki kaki ke sana nanti...aku takut Allah Taala balas terhadap dosa-dosa yang amat banyak aku lakukan sepanjanng hidupku yang hampir menjangkau 4 abad. Samatelah dosa kecil..dosa besar juga terlalu banyak aku buat. biarlah apa orang kata apabila membaca coretanku nanti namun tiada niatku untuk riak...hanya Allah Taala sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hatiku ini..jauh di sudut hati, aku ingin berkongsi apa yang ku rasa dan ku pandang dan ku alami. Aku akui aku tidak pandai membaca ayat-ayat suci Al-Quran..aku juga jahil dengan hukum hakam agama. Pada bulan Mac 2014, aku ke Matta Fair di Shah Alam. di sana aku mendaftar dengan Al-Faizin Travel dengan bayaran RM600

TAK BAI THAILAND

Imej
Jika anda ingin ke Tak Bai Thailand melalui Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan, anda boleh merasai pengalaman naik bot penambang dan masuk ke Thailand secara haram. Jangan risau, setakat ni, Alhamdulillah saya tak ada apa-apa masalah kalau masuk ke sempadan Thailand secara haram. Bagaimana cara untuk ke sana? senang sahaja, sampai di Pengkalan Kubor, Tumpat, anda carilah pengkalan haram yang terletak di tepi kubur. Orang tempatan akan beritahu kepada anda. Dari pengkalan, cuma bayar RM1 untuk parking kereta dan anda boleh dapatkan khidmat bot penambang dengan bayaran RM2 sekepala. Saya suka ke sana sebab semua barang murah. Jika ke Tak Bai, anda pergilah pada hari Ahad sebab hari Ahad, adalah hari 'nad' atau kalau di Malaysia, merupakan pasar minggu. Anda boleh beli buah, pakaian, tudung, beg tangan, seluar jeans celup, barang mainan kanak-kanak, brooch, bedak dan barangan kosmetik, kelambu dan periuk belanga dan makan sup perut lembu panas-panas bersama air teh o beng.

ZUL IKAN BAKAR KUALA BESUT TERENGGANU

Imej
Anda suka makan ikan bakar? Saya juga gemar makan ikan bakar dan yang paling best saya makan ikan bakar di kedai Zul Ikan Bakar yang terletak di Kuala Besut Terengganu. Jika ke Bangi, saya akan makan ikan bakar di restoran Ana Ikan Bakar Petai. Zul ikan bakar dibuka setiap hari mulai jam 8.00 malam hingga jam 2.00 pagi dan ditutup pada hari Isnin. Jika anda dari bandar Jerteh melalui Kampung Raja, kedai Zul Ikan Bakar terletak di sebelah kiri jalan sebelum jambatan Kuala Besut Terengganu. Saya datang tepat jam 8.00 malam dan anda boleh solat maghrib di surau yang bertentangan sedikit dari kedai ni. Sebab apa saya cadangkan anda datang sebelum jam 8.00 sebab selepas solat, anda boleh terus ke kedai yang dibuka tepat 8.00 malam kerana jika anda lewat 15 minit macam saya....saya tiba jam 8.15 malam...penuhhhhh...selepas pilih ikan dan order sotong celup tepung, anda akan dapat menikmati ikan bakar satu jam selepas itu! Belive me...ini pengalaman saya kali ke tiga ke sana dan saya hada