RESTORAN SABA' DI CYBERJAYA, MALAYSIA

Anda suka nasi arab? Saya juga penggemar nasi arab. Tak sah jika pekena nasi arab, saya akan amik mehdi lamb (anak kambing kot) sebab lemmmbut sangat isinya dan tak hamis. Selalunya saya akan ke restoran D'Arab Cafe yang terletak di Sekyen 7 Shah Alam dan di Bangi Selangor. Jika anda ingin merasa nasi arab yang pior orang arab buat adalah di Restoran Mama Noura juga di Cyberjaya. Kat situ ramai betul mat-mat dan minah arab yang lepak makan nasi arab plus air coke!





Semalam (26 Mac 2014), saya dan sahabat-sahabat sekerja buat reunion meraikan Puan Shafinas yang telah bertukar ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah setelah berkhidmat di Kementerian Pendidikan hampir 8 tahun di Putrajaya. Terima kasih puan kerana belanja kami...errrkkk...kenyang.

Tahun lepas (Ramadhan 2013) saya sempat pergi bawa anak-anak dan suami ke Saba' Restoran di Cyberjaya untuk berbuka puasa. Sekepala RM50.00 dan makan sampai lebam. Si amin pulak makan sampai muntah.




Abang Mad (my sulong ) tak sabar nak berbuka puasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAK BAI THAILAND

SRI AMAN SARAWAK BORNEO

IKAN LOMA GRIK 2017